Friday, 18 March 2016
Thursday, 17 March 2016
Rasulullah S.A.W Tokoh Pemimpin Teragung
Sebagai pemimpin yang dipilih oleh Allah, tentunya baginda dirancang sedemikian rupa untuk menjadikan baginda pemimpin mithali. Kehidupan baginda yang yatim, hidup dalam suasana kehidupan yang serba sederhana menjadi batu asas penting dalam proses pemupukan sifat kepemimpinan baginda . Dengan kehendak dan pemeliharaan Allah, baginda dapat membataskan dari baginda dari perkara yang merosakkan dan tidak berfaedah. Baginda akhirnya menjadi manusia yang paling dipercayai yang digelar “al-amin” oleh seluruh masyarakat di zamannya.Sifat asasi yang wajib bagi para nabi dan rasul terserlah dengan cukup nyata pada diri Rasulullah (SAW). Sifat-sifat tersebut ialah : sidiq, amanah, tabligah dan fatonah. Sifat-sifat ini merupakan tunggak asasi keperibadian dan kepimpinan Rasulullah (SAW).
- Sidiq ialah sifat yang mempunyai ciri-ciri benar yang merangkumi nilai-nilai tidak melakukan sifat bohong dan pendustaan, sama ada dalam percakapan mahupun dalam perbuatan. Ini merujuk kepada sifat tiadanya kontradiksi anatara apa yang diucap dengan apa yang dilaksanakan. Di samping itu, sidiq juga membawa maksud hidup dan perjuangan baginda itu bertunjangkan kebenaran hakiki, yang boleh membawa manusia mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
- Sifat asasi yang lain ialah amanah, iaitu merujuk kepada sifat melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan. Baginda tidak melakukan walaupun sedikit penyelewengan, penyimpangan atau pengkhianatan. Apa yang diarahkan oleh Allah itulah dilaksanakan olah baginda seutuh dan setulennya.
- Sifat asasi yang lainnya ialah tabligh, yang secara literalnya bermaksud “menyampaikan”. Ianya merujuk kepada sifat baginda melaksanakan tanggungjawab menyampaikan seluruh dan sepenuhnya risalah kenabian dan kerasulan baginda kepada manusia. Baginda tidak sedikit pun menyembunyikan apa yang ditanzilkan oleh Allah kepada baginda untuk disampaiakn kepada umat manusia sejagat. Di samping baginda juga dengan sifat tabligh itu mempunyai kemahiran dan kemampuan komunikasi yang tinggi. Dengan itu, ianya membolehkan manusia yang didakwahkan oleh baginda memahami maksud dan tujuan dakwah tersebut.
- Sifat asasi yang lain ialah fatonah, iatu bermaksud “bijaksana”. Sebagai pembawa risalah Allah, dan pemimpin manusia sejagat, baginda merupakan pemimpin yang mempunyai kebijksanaan yang luar biasa. Ini dapat dilihat melalui tindakan-tindakan yang baginda laksanakan dalam sejarah perjuangan dan kehidupan baginda.Dengan sifat-sifat asasi tersebut, baginda telah melaksanakan tanggungjawab kenabian dan kerasulan dengan berjaya, dan ianya penuh dengan contoh dan teladan yang bukan sedikit yang sewajarnya dicungkil dan dihayati oleh seluruh umat manusia, terutamanya oleh umat Islam, khususnya mereka yang merasakan diri mereka pejuang dan penggerak Islam.
Wednesday, 16 March 2016
Peribadi Rasulullah
Pernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk?
Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala.
Berbalik kepada tajuk asal, bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan?
Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
![]() |
1# SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2# CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
3# RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4# RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5# RASULULLAH TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
6# SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
7# TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8# JADILAH PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Penutup
BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI.
Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah.
Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
mari ikut cara nabi.. :)
Thursday, 10 March 2016
Kepimpin Rasulullah Sebagai Pemimpin Tentera Islam
Kepimpinan Rasulullah Sebagai pemimpin tentera Islam :
- menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan
- menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan ( Ghazwah) yang disertai oleh baginda
- akidah , syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan baginda dalam bidang ketenteraan.
- Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWt
- Mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh.
- Sentiasa adil kepada kawan samada kawan atau musuh. Contohnya membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada kawan – kawan yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum – kaum yang lemah.
- Berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan tentera Islam.
- Memperkenalkan etika peperangan dalam Islam iaitu:
- Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaannya
- Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar Jizyah dan berperang
- Tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang, musuh yang telah mati.
- Tentera Islam dilarang memerangi kanak- kanak, kaum wanita dan orang tua.
- Tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam.
- Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.
- Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam.
- Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.
- Patuh kepada ketua.
- Tidak boleh lari dari medan peperangan.
- Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.
Tuesday, 8 March 2016
Strategi Perperangan Rasulullah
- Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam selama 23 tahun.
- Tahap awal secara sembunyi, kemudian secara terbuka.
- Selepas Perjanjian Aqabah, usaha sebar Islam semakin cerah yang membawa kepada penghijrahan ke Madinah.
- Pada tahap ini melibatkan peperangan dalam usaha menegakkan Islam daripada diceroboh dan ditindas oleh musuh.
- Antara peperangan yang terkenal ialah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.
- Kejayaan dalam setiap peperangan disebabkan Baginda menggunakan beberapa taktik dan merancang strategi sebelum peperangan.
Taktik Menunggu Musuh :
- Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar.
- Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas.
Taktik al – Saf :
- Digunakan dalam Perang Badar.
- Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera.
- Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.
Taktik Menggali Parit :
- Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab.
- Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang.
- Parit digali menghalang tentera musuh memasuki kota Madinah.
- Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota.
- Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.
Taktik Kepungan :
- Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif.
- Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan.
- Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.
Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar :
- Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin.
- Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur.
- Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh.
Taktik Penyamaran :
- Digunakan sewaktu Perang Khandak.
- Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi.
- Musuh akhirnya tewas.
Kesimpulan :
- Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menegakkan agama Islam.
- Kejayaan tentera Islam menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam merencana dan merancang taktik dan strategi peperangan.
- Tentera Islam mementingkan akidah, akhlak dan syariat Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)